Posts

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

PENGENALAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA PERADABAN Malaysia terdiri daripada pelbagai wilayah, etnik bahasa serta agama, dan sebagai rakyat Malaysia yang mementingkan keharmonian dan kesepaduan, maka perlulah difahami bagaimana cara membentuk semangat perpaduan dan integrasi antara masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Antara isu-isu yang berkaitan dengan konsep integrasi ini adalah pemahaman tentang kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu, isu agama dan juga bahasa. Justeru, fungsi Perlembagaan Persekutuan amat signifikan dalam memberi panduan kepada konsep pemerintahan negara. Ia juga disebut sebagai kontrak sosial kerana kandungannya meliputi keperluan untuk memenuhi kepentingan pelbagai pihak khususnya masyarakat Malaysia. Perlembagaan sebagai tiang seri dan tapak integrasi Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata , kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia digubal dalam bent...